E-Sisa Mudah Alih, Maklumat Palsu Dan Buli Siber

4 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 03 Mac 2019, telah belangsungnya kelas ICT bertajuk E-Sisa Mudah Alih, Maklumat Palsu Dan Buli Siber bertempat di Pusat Ekonomi Digital Felda Pasoh 2. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Kelas kali ini untuk tahun 3 dan tahun 4. Pembelajaran kali ini peserta belajar mengenai topik Digital Literacy antaranya ialah mengenai maklumat palsu, buli siber dan E-sisa Mudah alih. Peserta telah diberi penerangan mengenai topik-topik tersebut melalui video dan slide yang telah disediakan oleh tenaga pengajar. Manakala untuk sesi latihan dalam kumpulan, peserta perlu membuat powerpoint mengenai E-sisa mudah alih, Maklumat palsu dan Buli siber. Dalam powerpoint tersebut peserta perlu menggunakan google untuk mencari maklumat tambahan mengenai topik-topik tersebut.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali